KUALA NERUS: Sebanyak 11 replika mercu tanda terkenal negara ASEAN akan ditempatkan di dasar laut Pulau Bidong, Terengganu melalui projek khas, 'The 1st ASEAN Underwater Mini Landmark'.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata projek yang diuruskan Jabatan Warisan Negara (JWN) dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) itu, akan dilancarkan antara 15 hingga 19 Jun depan, sempena penganjuran ASEAN Seminar on The Preservation and Protection of Underwater Cultural Heritage.
"Projek yang menelan kos dengan anggaran RM290,000 (AS$70,000) di bawah pembiayaan Tabung Kebudayaan ASEAN ini adalah Projek Kebudayaan yang akan menjadi platform bagi perkongsian ilmu dan pertukaran budaya di antara negara-negara ASEAN.
"Ia juga bakal menjadi produk pelancongan budaya baharu yang akan merancakkan ekonomi dalam sektor pelancongan dan kebudayaan di samping meningkatkan lagi imej Malaysia di mata dunia," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi Jerayawara Dasar Pelancongan Negara (DPN) 2020-2030 di sini.
Antara 11 monumen tersebut ialah Menara Berkembar Petronas Kuala Lumpur-KLCC (Malaysia), Masjid Sultan Haji Omar Ali Saifuddien (Brunei), Cambodia Independence Monument (Cambodia), Patuxai Monument (Laos), Indonesia National Monument (Indonesia), Shwedagon Pagoda (Myanmar), Jose Rizal Monument (Filipina), Merlion (Singapura), Wat Arun Ratchawararam Ratchaworamahawihan (Thailand) dan Tran Quoc Pagoda (Vietnam).
Sesi Jerayawara DPN 2020-2030 kali ini melibatkan tiga negeri di zon Pantai Timur iaitu Terengganu, Kelantan dan Pahang yang diadakan secara hibrid iaitu pertemuan bersemuka dan secara dalam talian bersama-sama penggiat industri.
Pelbagai agenda transformasi yang memfokuskan kepada usaha untuk mengembalikan kegemilangan industri pelancongan pasca pandemik COVID-19, mengukuhkan daya tahan penggiat industri serta kemampanan industri pelancongan negara dibincangkan dalam sesi tersebut.
Terdahulu, Nancy yang mengadakan lawatan kerja tiga hari ke Terengganu, bermula hari ini juga turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di kediaman rasmi Seri Iman, pagi Khamis.
Destinasi lain yang bakal dilawati Nancy dan pasukan kerja MOTAC ialah Tasik Kenyir, Kompleks Kraf Noor Arfa, Jambatan Angka Terengganu, Manang Songket, Taman Tamadun Islam, VillaPadu Desa, Kompleks Muzium Negeri serta Kampung Budaya Terengganu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 08 2021
Nancy berkata projek itu akan menjadi platform bagi perkongsian ilmu dan pertukaran budaya di antara negara-negara ASEAN. - Foto BERNAMA
Putin tukar Menteri Pertahanan, Shoigu dengan ahli ekonomi
Tugas baharu Sergei Shoigu ialah sebagai Setiausaha Majlis Keselamatan Rusia.
Kenaikan 224 peratus cukai taksiran relevan - MPAJ
Kenaikan cukai taksiran dilihat sangat wajar jika dibandingkan dengan tempoh kali terakhir MPAJ menyediakan Senarai Nilaian Baharu pada 1997.
Niaga AWANI: Apakah prestasi ekonomi suku pertama?
Ekonomi suku pertama akan diumum minggu ini. Apakah jangkaan semasa berdasarkan perkembangan antarabangsa dan tempatan? Bagaimana pengeluaran akaun tiga kwsp memainkan peranan dan adakah rasionalisasi subsidi akan beri impak besar?
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Bangunan runtuh: Selepas seminggu, 36 mangsa masih terperangkap
Bangunan bertingkat berkenaan sedang dalam pembinaan, lalu runtuh dalam satu kejadian yang berlaku pada Isnin lalu.
AWANI Ringkas: PM sertai forum ekonomi Qatar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [13 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Azib Zikry & Nursyazwani Saiful Sham;
Masalah disiplin remaja antara tiga cabaran utama dihadapi kaum ibu - Nancy
Dr Dzulkefly komited selesai isu gaji, kebaikan jururawat
TH diarah siasat 300 jemaah haji terkandas di Makkah - Mohd Na'im
Masalah disiplin remaja antara tiga cabaran utama dihadapi kaum ibu - Nancy
Dr Dzulkefly komited selesai isu gaji, kebaikan jururawat
TH diarah siasat 300 jemaah haji terkandas di Makkah - Mohd Na'im
Rumah Panjang Nanga Engkuah dipilih Kampung Angkat MADANI KKR
Rumah Panjang Nanga Engkuah di Ulu Katibas, Song melakar sejarah tersendiri apabila terpilih menjadi Kampung Angkat MADANI pertama di negeri Sarawak.
Madinah jadi saksi pertemuan bermakna ibu bapa dan anak
Ibu bapa mana tidak bahagia anak kesayangan sambut kehadiran, bimbing ziarah luar di bumi barakah, Madinah.
'Tiada lagi tempat selamat di Gaza' - UNRWA
Sejak perang bermula Oktober tahun lalu, kebanyakan penduduk Gaza dipaksa berpindah secara kerap.
Kepulan asap selubungi Gaza di sebalik kemaraan Zionis
Kenderaan tentera, kereta kebal dan pesawat juga boleh dilihat bergerak dan berusaha meneruskan perjalanan merentasi debu tebal.
Masalah disiplin remaja antara tiga cabaran utama dihadapi kaum ibu - Nancy
Masalah disiplin remaja merupakan antara tiga cabaran utama dihadapi kaum ibu ketika ini.
Maut dihempap pokok: KPWKM teliti bantuan kepada keluarga Md Rizal Atan - Nancy
Ia sedikit sebanyak akan meringankan beban keluarga terbabit, memandangkan isteri mangsa Nor Pahidah Mat Zaman tidak bekerja.
Dirogol sejak usia 12 tahun, KPWKM akan nilai kemampuan mangsa uruskan anak - Nancy
KPWKM akan menilai kemampuan wanita yang dilaporkan menjadi mangsa rogol bapa kandungnya dalam menguruskan anak yang dilahirkan.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
Rumah kebajikan warga emas dipukul tidak berdaftar - Nancy
Rumah kebajikan dihuni warga emas yang dipukul dengan kayu di Taman Desa Aman, Padang Serai, Kedah didapati tidak berdaftar dengan JKM.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Komuniti di Sarawak digalakkan mohon tubuh PAWE - Nancy
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata buat masa ini, Sarawak hanya mempunyai 13 PAWE dan jumlah itu tidak mencukupi bagi sebuah negeri yang besar.
Mangsa serangan buaya boleh minta bantuan tabung JKM - Nancy
Mangsa serangan buaya atau binatang buas boleh memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerusi Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas.
KPWKM salur bantuan kepada wanita dakwa diberi layanan buruk pegawai JKM - Nancy
Nancy berkata pegawai dari pejabatnya sendiri telah bertemu wanita itu pada Selasa bagi mendapatkan gambaran sebenar kejadian.
Program pembangunan bakat di institusi kebajikan perlu dihidupkan semula - Nancy
Program Pembangunan Bakat terutama melibatkan kanak-kanak di institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat perlu dihidupkan semula.